MyUBAT

Privasi

 

Aplikasi MyUBAT (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk membolehkan pesakit di fasiliti-fasiliti kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") memantau bekalan dan penggunaan ubat-ubatan dengan menggunakan telefon pintar.

MyUBAT dimiliki dan dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia. Aplikasi tersebut ditadbir oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Maklumat Peribadi

Aplikasi ini tidak akan merekodkan Data Peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat yang diberikan oleh pengguna digunakan untuk tujuan pembekalan ubat-ubatan. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus.

Maklumat Yang Dikumpul

  • Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran perkhidmatan nilai tambah farmasi, pengesahan penerimaan ubat-ubatan melalui imbasan kod QR dan menghubungi khidmat sokongan melalui e-mel.
  • Data yang diperolehi secara automatik - misalnya, data lokasi jika pengguna memilih untuk set alamat penghantaran ubat-ubatan melalui fungsi “lokasi saya (GPS)”.
  • Data lokasi pengguna hanya akan direkodkan apabila kebenaran untuk mengakses lokasi pengguna menerusi telefon pintar diberikan.
  • Aplikasi ini mengumpul Data Peribadi daripada pengguna atau yang berkaitan dengan pengguna berdasarkan tujuan (bergantung kepada penggunaan fungsi/modul Aplikasi yang digunakan oleh pengguna). Data Peribadi yang biasanya dikumpul adalah seperti berikut:
    1. Pendaftaran perkhidmatan nilai tambah farmasi
      1. Nama pengguna
      2. Nombor kad pengenalan
      3. Nombor telefon
      4. Nama fasiliti kesihatan
      5. Nombor MRN (medical record number)
      6. Alamat penghantaran (untuk perkhidmatan Ubat Melalui Pos sahaja)
      7. Tarikh jumpa doktor akan datang
      8. Gambar kad temu janji klinik
      9. Gambar preskripsi
      10. Alamat e-mel
    2. Pengesahan penerimaan ubat-ubatan
      1. Tarikh ubat diterima

Tujuan pengumpulan data adalah seperti berikut:

  • Penyediaan dan pembekalan ubat-ubatan susulan kepada pengguna mengikut jenis perkhidmatan yang dipilih.
  • Untuk berkomunikasi dengan pengguna sekiranya terdapat maklumat pembekalan ubat-ubatan susulan yang memerlukan pengesahan lanjut.
  • Untuk memberi maklum balas kepada pengguna mengenai sebarang komen atau pertanyaan.

Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.

Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil.

Kesan Jika Data Peribadi Tidak Dibenarkan

Sekiranya Data Peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.

Kerahsiaan

Data Peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

Keselamatan Data

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna. Data in transit disulitkan dan data at rest disimpan dalam pelayan dengan ciri keselamatan yang tinggi.

Data Tanpa Nama

Aplikasi ini mengumpulkan data tanpa nama mengenai peranti dan OS pengguna (cth.: Model peranti, versi OS) bagi membantu kami menambah baik Aplikasi untuk kegunaan pengguna.

Perubahan kepada Dasar Privasi

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini.

Untuk pertanyaan lain, sila e-mel kepada myubat@moh.gov.my.

 

Tarikh kemas kini: 24 Ogos 2020.