1
Bekalan Pertama di Kaunter Farmasi
Pelanggan perlu pastikan telah menerima bekalan pertama (1 bulan) di kaunter farmasi. Manakala, bekalan ubat susulan seterusnya adalah di farmasi komuniti yang dipilih dan bersetuju mengambil ubat di farmasi komuniti dipilih sehingga tamat preskripsi.
2
Menepati Masa
Pelanggan mesti hadir untuk mendapatkan bekalan ubat susulan di farmasi komuniti mengikut tarikh janji temu yang ditetapkan serta dimaklumkan melalui notifikasi aplikasi MyUBAT.
3
Permohonan Awal
Pelanggan perlu memohon perkhidmatan Ubat@Komuniti melalui aplikasi MyUBAT 3 (tiga) minggu sebelum tarikh bekalan susulan.
4
Bawa Preskripsi
Pelanggan mesti membawa preskripsi semasa tarikh janji temu.
5
Serahkan Preskripsi Asal
Pelanggan perlu memastikan preskripsi asal diserahkan kepada farmasi komuniti selepas bekalan ubat lengkap diterima atau tamat tempoh sah laku preskripsi.